Sebelum ini, penulis telah menjawab fitnah oleh blogger pakatan haram yang kononnya cuba mengaitkan kehadiran deligasi Moro Islamic Liberation Front (MILF) di Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu sebagai bukti pencerobohan ada kaitan dengan UMNO. (sila rujuk di sini)
FITNAH 2 : 'Sultan Sulu' adalah bekas ahli UMNO?
Ayahanda Akjan bergambar selepas ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Antara yang hadir di majlis itu adalah beberapa Abg. Long PEKIDA Sabah dan pegawai-pegawai dari kerajaan Sulu.
Individu yang dimaksudkan adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang pernah menggemparkan tanah air pada 2011 apabila mengistiharkan dirinya sebagai 'Sultan Sulu'. Ekoran kejadian itu, Badan Perhubungan UMNO Sabah telah mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya memecat keahlian UMNO Mohd Akjan.
Ini adalah kerana tindakan beliau disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti Barisan Nasional (BN) di Sabah apatah lagi kaum Suluk merupakan penyokong kuat UMNO di sana.
Namun Mohd Akjan adalah seorang 'gentlemen', beliau sendiri telah menulis surat perletakan jawatan sebagai ahli UMNO kemudian diserahkan kepada MT UMNO dan Perhubungan UMNO Sabah.
Lucunya, blogger pakatan haram menggunakan status Mohd Akjan sebagai bekas ahli UMNO untuk dijadikan bukti kononnya UMNO punya kaitan dengan pihak penceroboh di Lahad Datu. Tidak masuk akal!
Adakah mereka sedar bahawa Anwar Ibrahim juga bekas ahli UMNO dan pernah pegang jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia? Jadi tidak logik untuk mengaitkan status bekas ahli UMNO sebagai bukti kaitan UMNO dengan pihak penceroboh.
Adalah tidak adil jika penulis cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu hanya berlandaskan fakta bahawa Anwar Ibrahim adalah bekas ahli UMNO.
Berita antarabangsa yang mengaitkan seorang pemimpin pakatan haram dengan pencerobohan di Lahad Datu, sila [klik sini].
Ini adalah kerana tindakan beliau disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti Barisan Nasional (BN) di Sabah apatah lagi kaum Suluk merupakan penyokong kuat UMNO di sana.
Ayahanda Akjan merupakan bekas Pengerusi PEKIDA Sabah, seorang ahli perniagaan, Jutawan dan kini 'Sultan Sulu'.
Lucunya, blogger pakatan haram menggunakan status Mohd Akjan sebagai bekas ahli UMNO untuk dijadikan bukti kononnya UMNO punya kaitan dengan pihak penceroboh di Lahad Datu. Tidak masuk akal!
Adalah tidak adil jika penulis cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu hanya berlandaskan fakta bahawa Anwar Ibrahim adalah bekas ahli UMNO.
Berita antarabangsa yang mengaitkan seorang pemimpin pakatan haram dengan pencerobohan di Lahad Datu, sila [klik sini].
Laporan oleh akhbar Berita Harian pada 19 Februari 2011, tajuk - 'UMNO Sabah minta keahlian Sultan Sulu dipecat' telah dijadikan modal fitnah oleh blogger pakatan haram untuk mengaitkan UMNO dengan pihak penceroboh di Lahad Datu.
+ comments + 1 comments
Kemah!