[TERKINI] : PERKEMBANGAN SEMASA DI LAHAD DATU!!!

Saturday, 2 March 20130 comments


LAHAD DATU - Bedah siasat ke atas dua komando polis (VAT 69) yang terkorban dalam serangan mortar oleh pihak penceroboh di Kampung Tanduo telah selesai pada semalam.

Jenazah dua wira negara kemudian telah dibawa ke Masjid Pusat Operasi 17 untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tawau untuk urusan penghantaran ke Semenanjung.

Kedua-dua anggota komando polis itu berkhidmat di Markas Komando VAT 69, Hulu Kinta.

Tiga anggota komando polis yang cedera masih dirawat di Hospital. Mohd Tarmizi yang cedera di kaki dan tangan, dan Azman, cedera di belakang dan punggung kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Manakala Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu dan dua belah kaki dirawat di Hospital Sandakan.

Pesawat yang membawa kedua-dua jenazah baru sahaja bertolak dari lapangan terbang Tawau jam 7.50 pagi tadi hari ini.

Jenazah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang pada jam 11.00 pagi - 12tghari.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger