Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.
"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.
Hamza berkata pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.
"Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).
"Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.
Hamza berkata sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil. - BERNAMA
+ comments + 1 comments
Laksanakanlah apa saja tindakan yg dirasakan perlu demi keselamatan nyawa org awam dan pihak keselamatan negara.
Maruah Negara harus dijaga selari dengan kedaulatan raja berpelembagaan yang kita junjung selama hari ini.
Mungkin juga ini lah masanya utk kita lihat pasukan elit kita seperti GGK, PASKAL & VAT69 memainkan peranan mereka dan membuktikan keunggulan mereka masih relevan dlm rencah gelora jenayah moden dewasa ini... Hj Azmeer Abdul