Berita itu diumumkan oleh Ketua Polis Negera, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media sebentar tadi di Pusat Media 'Op Daulat' di Felda Sahabat.
Beliau memberitahu, berlaku tembak-menembak tengah hari tadi ketika operasi 'mopping' di Kampung Tanduo. Pihak keselamatan percaya masih ada saki bagi pengganas yang bersembunyi di sana.
Namun pihak keselamatan berjaya mengecilkan kawasan kepungan dan operasi memburu masih terus berjalan.
Pihaknya turut berterima kasih kepada Perdana Menteri yang hadir dalam lawatan singkat bagi meninjau situasi semasa 'Op Daulat'.