Namun isu ini ternyata gagal dipanaskan memandangkan tuduhan Azlan tersebut sekadar berlandaskan kepada skrip yang telah dirangka, mungkin olehnya atau mungkin oleh pihak lain untuk mengalihkan perhatian rakyat di saat semua mata tertumpu kepada konflik Pencerobohan Lahad Datu.
Malah beberapa tahun lalu, Azlan paling lantang kononnya membela nasib Saiful Bukhari hinggakan meminta Peguam Negara memfailkan rayuan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 20102 memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat atas faktor teknikal dan kegagalan pihak pendakwaan.
Kita tinggalkan seketika "pengakuan jujur" Azlan kerana jelas pengakuan tersebut semata-mata bermotifkan politik.
Kita kembali fokus kepada dakwaan Ng Lum Yong bahawa Ketua Pembangkang itu dan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah menyalurkan dana berjumlah USD 2 Juta untuk Pencerobohan Lahad Datu.
Dan dakwaan tersebut disokong oleh kenyataan media kerajaan Filipina yang mendakwa wujud dana asing untuk membantu gerombolan penceroboh Lahad Datu itu membeli kelengkapan persenjataan dan menyediakan pengangkutan kepada penceroboh.
Dakwaan Lum Yong itu mempunyai asas memandangkan Suaram kelihatan mempunyai dana yang begitu kukuh sehingga membolehkan NGO itu menghantar beberapa wakilnya berulang alik ke Paris semata-mata untuk "memfailkan tuduhan dan memohon sapina" terhadap Perdana Menteri Malaysia di mahkamah Perancis.
Seandainya tuduhan Lum Yong itu benar, maka Anwar ketika ini pastinya sedang tersepit memandangkan "konspirasi jahat" yang selama ini dituding kepada UMNO akhirnya sedikit demi sedikit sedang memakan diri sendiri.
Sementara itu sama-sama kita nantikan pula "pengakuan terbaru" yang akan direncanakan selepas ini. Mungkin ada yang lebih panas!