Kebetulan pada hari Jumaat itu juga tersebar akhbar percuma Selangor Kini di masjid-masjid mengenai laporan khas 'Kenapa Syabas perlu disaman'. Dengan fakta yang berbeza dari sumber berbeza, rakyat Selangor sudah pasti keliru - fakta siapa yang benar?
Kerajaan pakatan haram Selangor kini berhadapan dengan tindakan saman oleh rakyat negeri itu. Ini berikutan majoriti rakyat Selangor berpendapatan rendah ditipu dan dinafikan hak air percuma kerana alasan menggunakan meter pukal.
Sedangkan mereka yang mendiami rumah-rumah banglo dan teres terus menikmati air percuma. Ini mungkin versi keadilan yang dilaung-laungkan oleh pakatan haram. Yang lemah terus ditindas.
Jadi tindakan saman oleh rakyat adalah sangat wajar bagi memberi kesedaran kepada pemerintah yang berbohong supaya tidak mudah berjanji apatah lagi jika tidak menunaikannya.
Rakyat bukan anjing yang mudah dipergunakan. Rakyat adalah manusia yang bijak dan mampu menilai.
Berbalik kepada krisis air yang melanda negeri Selangor, rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap kerajaan negeri yang terus memberi alasan tanpa sebarang penyelesaian terhadap krisis itu.
Tindakan itu jelas membuktikan ketidakupayaan dan kegagalan pakatan haram mentandbir negeri Selangor. Sebaliknya, kerajaan pusat dilihat lebih serius untuk membantu rakyat.
Disaat pacsa pilihan raya umum ke-13, rakyat Selangor wajib menilai kemampuan pakatan haram mentadbir. Mereka mungkin jaguh di gelanggang ceramah dengan kata-kata yang mempersona.
Hakikatnya, mereka bukan kerajaan yang mampu menjaga kebajikan rakyat. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak demi masa depan yang lebih gemilang.
Jadikan tempoh pentadbiran pakatan haram di Selangor sebagai sempadan kisah hitam dan pengajaran kepada kita.
Kerajaan yang baik tidak tunjuk alasan, mereka beri penyelesaian kepada rakyat.