UNIVERSITI LAIN WAJAR CONTOHI UiTM!!! #JDAB2013

Monday 18 February 20130 comments


ALOR SETAR - Kehadiran skuad JDAB2013 di Karnival Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diadakan sempena siri jelajah Karnival IPT 2013 di perkarangan Stadium Darulaman menarik lebih 10,000 pengunjung.

Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu telah berakhir semalam dan dikatakan telah mencapai matlamatnya.

Rata-rata pengunjung yang ditemui berpuas hati kerana golongan pelajar dan belia mendapat manfaat melalui bimbingan dan pengetahuan tentang inisiatif kerajaan untuk membantu dan menggalakkan mereka meneruskan pengajian selepas tamat persekolahan.

Sebanyak 20 IPTA dan 22 IPTS, agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai karnival itu dengan menawarkan maklumat serta bimbingan kepada pelajar tentang potensi dan galakan untuk berjaya di menara gading.

Paling menarik, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut turun padang bersama Skuad JDAB2013 bertemu dengan para pelajar dan membantu mereka untuk ditempatkan di UiTM.

Selanjutnya, [klik sini]
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger