[TERKINI] : NASHARUDDIN AKHIRNYA TERIMA SURAT PEMECATAN!!!

Thursday 7 February 20131comments


PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat.

Bagaimanapun sebab khusus penggugurannya daripada majlis berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas dalam surat bertarikh Januari 14 itu.

Mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu pada Rabu, Nasharudin berkata tarikh yang dicop pada sampul surat Pos Laju berkenaan ialah 30 Januari.

"Surat bertarikh 14 Januari itu ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura. Sebab (pemecatan) tidak dinyatakan dengan jelas," katanya.

Murysidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata Majlis syura Ulama memutuskan untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat pada 13 Januari lalu kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut.

Nasharudin bagaimanapun masih ahli PAS.

Share this article :

+ comments + 1 comments

2 May 2013 at 16:04

semoga Allah merahmati orang-orang yang benar

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger