[TERKINI] : BENARKAH CHUA JUI MENG TALI BARUT UNTUK MUSNAHKAN PAKATAN HARAM!!?

Tuesday, 19 February 20130 comments


SHAH ALAM - Pengerusi DAP Karpal Singh menyelar Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, sekaligus memburukkan pertelagahan antara dua parti itu bersabit pengagihan kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Semalam Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi dapat berkerjasama dengan Chua yang disifatkan angkuh dan tamak mencari kerusi selamat untuk bertanding di negeri itu.

Karpal berkata tuduhan Boo itu akan disiasat namun menegaskan dakwaan terhadap Chua itu ada asasnya.

“DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

“Sebuah siasatan menyeluruh akan ditubuhkan untuk mencari individu di belakang ‘serangan hebat tidak dikenali’ ke atas DAP dan mencari individu ‘di belakang tabir’ sebalik serangan ini,” kata Karpal.

"Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau,” kata Karpal.

Boo dalam kenyataannya menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kepimpinan PKR Johor sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau berkata Chua selaku Pengerusi PKR Johor bersikap angkuh selain mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih di peringkat rundingan.

Sehubungan dengan itu Boo menyifatkan Chua sebagai dalang yang membantutkan kerjasama antara PKR dan DAP di Johor.

Dalam responnya semalam. Chua membidas Boo dan menyifatkan pemimpin DAP itu sebagai cuba membelakangkan keputusan yang dibut oleh pimpinan pusat Pakatan Rakyat.


Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger