PENYOKONG PAS PAMER SIKAP BURUK DI HADAPAN PESERTA #JelajahAnakMalaysia !!!

Sunday 3 February 20130 comments




LARUT - Seramai 150 orang termasuk 60 peserta Jelajah Anak Malaysia menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan di Kg Perak, di sini, hari ini. 

Walaupun program itu diboikot oleh segelintir penduduk kampung yang juga penyokong tegar Pas, program itu tetap berjalan dengan lancar dan sukses.

Wakil peserta, Syukri Anuar berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti Jelajah Anak Malaysia bagi membentuk tanggungjawab sosial di antara penduduk kawasan dan peserta.

“Kami sangat berterima kasih kepada penduduk di Kg. Perak kerana diberi peluang untuk terlibat bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini termasuklah membersihkan kawasan masjid dan mengecat Dewan Tun Mahathir.

Syukri berkata, beliau berharap program berkenaan akan menjadi pendorong kepada mahasiswa dan anak muda untuk turut sama mempelbagaikan aktiviti kebersihan.

Beliau turut mengingatkan, jika negara bersih, sudah pasti para pelancong gemar melawat kawasan kita.


Konvoi Jelajah Anak Malaysia kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Balik Pulau untuk aktiviti seterusnya.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger