LAPORAN TERKINI DI LAHAD DATU!!!

Thursday 28 February 20130 comments


SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan diplomatik tiga hala antara Malaysia, Manila dan kumpulan Kesultanan Sulu bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku, kata penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Mohd Abu Bakar.

Beliau menyifatkan kumpulan penceroboh warga Filipina itu kini dihimpit tekanan dari kerajaan Manila dan kepimpinan Sultan Jamalul Kiram III selain berdepan dengan keadaan sejarah di mana mengatakan Sabah itu milik mereka.

Kumpulan tersebut yang lengkap bersenjata memasuki Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 165 kilometer dari Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

"Hubungan (Malaysia) dengan Manila perlu dijalinkan supaya perkara ini tidak merebak. Oleh itu Malaysia perlu berurus secara langsung dengan Manila disamping membawa golongan daripada Sulu supaya mereka terlibat dalam proses damai tersebut," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Mengulas lanjut pensyarah daripada Jabatan Kajian Antarabangasa dan Strategik itu berkata Malaysia akan berhadapan dengan pelbagai implikasi sekiranya kerajaan Malaysia mengambil tindakan untuk menyerang askar Sulu itu.

Tambah beliau perkara ini akan turut memberikan impak terhadap politik negara yang kini di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kalau ada pertumpahan darah, Pakatan Rakyat dan parti pembangkang akan mengatakan ketidakupayaan Malaysia untuk bertindak dengan bijak. Ini juga akan menyebabkan pihak luar mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.

"Belum tentu perkara itu menguntungkan mana-mana pihak samada Barisan Nasional (BN) sendiri atau Pakatan Rakyat (PR). Itu sangat bergantung kepada kehebatan masing-masing dalam memainkan isu ini.

"Kesan itu besar, sebab Malaysia tidak lagi akan dapat menjalinkan kerjasama daripada pihak selatan Filipina dalam sebarang hubungan dengan Manila. Malah, kita mesti ingat bukan sedikit masyarakat Islam Filipina yang tinggal di Sabah," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Sultan Jamalul Kiram menyifatkan anggota tenteranya yang diketuai adik bongsunya Raja Muda Azzimudie Kiram tidak akan menghiraukan tidak cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah.

Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.

“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.

Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.

Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat.

Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger