KEKECOHAN MALAM TADI, PESERTA #JelajahAnakMalaysia TERLIBAT!!?

Sunday, 10 February 20130 comments


BAKRI – Program Jelajah Anak Malaysia bertemakan Transformasi Rakyat singgah sebentar di Bakri, Johor yang merupakan lokasi ke-20 dalam jelajahnya.

Sebaik tiba, mereka telah dibawa ke Tawar Farm & Plantation Resort bagi persiapan untuk acara 'Battle of The Band' melalui program Pentas Anak Muda pada malamnya.

Dalam program, sebanyak 10 buah kumpulan muzik tempatan telah bertanding. Program yang turut mendapat kerjasama Gabungan Anak Johor (GAJ) mendapat sambutan meriah di kalangan penduduk setempat.

Program itu telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Bakri, Dato' Saipolbahri Suib.



Dalam ucapannya, beliau berkata, anak muda harus galas tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia.

"Saya percaya majoriti anak muda menolak perlakuan ganas dan kurang ajar oleh sekumpulan yang mengaku diri mereka sebagai mahasiswa.

"Anak muda harus bertanggungjawab untuk terus memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Jelasnya, rakyat harus bersyukur dengan kemakmuran yang dinikmati. Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang sentiasa perihatin dan berusaha keras meningkatkan kemakmuran dan taraf hidup masyarakat.

"Tiada alasan untuk anak muda tidak menyokong Perdana Menteri. Beliau sentiasa membuat perubahan melalui agenda transformasi-nya demi rakyat Malaysia," katanya ketika merasmikan program 'Battle of the Band di sini, semalam.

Peserta Jelajah Anak Malaysia seterusnya mengambil kesempatan bertemu dengan masyarakat bagi menjalankan kajian soal selidik.





Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger