Itupun selepas dikerah dan mendapat arahan dari pejabat Setiausaha Agung Pas supaya semua ahli parti turun ke perhimpunan itu.
Tanda-tanda tidak mendapat sambutan boleh dilihat sejak malam tadi lagi ketika acara countdown #112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Ini kerana hanya suku padang dipenuhi penyokong pakatan haram yang jumlahnya tidak sampai 2000 orang seperti sebelum ini ketika menjelang perhimpunan bersih.
Nampaknya rakyat sudah sedar, mereka tidak bodoh seperti yang disangka pemimpin pakatan haram. Perhimpunan sebentar tadi hanya ibarat ceramah perdana sahaja. Tiada apa yang menarik melainkan hanya buang masa dan sia-sia sahaja.
Kecekapan pihak polis wajar diberi pujian kerana berjaya mengawal suasana dan lalu lintas. Hasil kawalan polis juga, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Laporan lengkap bakal menyusul...
mimr