Wakilnya, Budiman Mohd Zohdi berkata, program ini akan diadakan setiap Jumaat, jam 9 malam setiap minggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Beliau menjelaskan, program pertama akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, 11 Januari ini di Pekan Banting.
"Hari ini anak muda di Selangor telah dipinggirkan, kita dapat lihat setiap majlis belia daerah tidak pernah mendapat bantuan oleh kerajaan Selangor bagi menggerakkan program pembangunan belia sejak pakatan rakyat memerintah di Selangor.
"Kerajaan negeri sebaliknya mewujudkan penggerak belia bagi menyayingi kumpulan majlis belia. Sedangkan majlis belia juga punya hak untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri," tegasnya.
Dakwa budiman lagi, kerajaan Selangor gagal melaksanakan program yang berkesan dan terancang untuk membangunkan generasi muda di Selangor.
Justeru itu, anak muda hari ini gagal memiliki rumah, gagal memiliki kerja yang sesuai dan mereka yang ingin berniaga tiada ruang untuk berbuat demikian.
Kerajaan Selangor hanya membantu anak muda yang menyatakan sokongan terhadap pakatan haram. Sikap pilih bulu jelas membuktikan kerajaan Selangor tidak ikhlas membantu rakyat keseluruhannya.
mimr