[TERKINI] : HARUN DIN UCAP SELAMAT TINGGAL PAS

Tuesday 22 January 20130 comments


PANAS! Menurut sumber, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din sudah tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger