[TERKINI] : ANGGOTA PPS PUKUL WARTAWAN DIKENALPASTI!!! PEMBULI ADALAH AHLI TEGAR DAP!!?

Thursday 3 January 20130 comments


GEORGETOWN - Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sudah mengenal pasti dua ahlinya yang terbabit dalam kes memukul seorang wartawan akhbar berbahasa Cina Ahad lalu.

Pengerusinya, Phee Boon Poh berkata, gambar anggota pasukan PPS yang terlibat juga diberikan kepada mangsa untuk pengecaman.

“Kita akan menjalankan pendengaran kes pada Rabu (hari ini) dan seorang wakil daripada pemberita juga dijemput menyertai panel siasatan.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri meminta maaf kepada mangsa atas insiden yang menimpanya dan ahli PPS yang terlibat sudah berbuat demikian kepada mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Boon Poh yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus dan memastikan keadilan untuk mangsa.

Ahad lalu, Penolong Ketua Meja Jenayah Guan Ming Daily, Ang Kean Siang, 32, terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dibelasah empat lelaki yang dipercayai ahli PPS ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak.

Beliau juga mendakwa diugut dan kameranya dirosakkan oleh empat ahli PPS yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka dan badan.

Sementara itu, Boon Poh berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan ahlinya yang tidak berdisiplin.

Menurutnya, sejak penubuhan pasukan itu pada 17 September 2011, pihaknya memecat dua ahli yang melakukan kesalahan seperti menyalahgunakan set walkie talkie yang diberikan.

“PPS ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai aspek keselamatan selain membantu polis melakukan rondaan bagi menjaga ketenteraman awam di kawasan perumahan.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa ahli yang tidak berdisiplin. Saya berharap insiden sedemikian tidak berlaku lagi dan rakyat terus memberi kerjasama kepada PPS untuk kesejahteraan bersama,” katanya.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger