RM190,000 LESAP!

Sunday 27 January 20130 comments


SHAH ALAM - Sekumpulan pencuri melarikan wang tunai RM190,000 dari mesin pengeluaran wang (ATM), apabila mereka memecah masuk sebuah stesen minyak, di Taman Alam Megah, Seksyen 28, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop, berkata kejadian itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak itu ketika datang bertugas pagi semalam dan mendapati pintu belakang stesen minyak itu mempunyai kesan diumpil, manakala mangga pintu pula dipotong.

Zahedi berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7.20 pagi daripada pekerja itu dan siasatan mendapati sebuah daripada tiga mesin ATM di dalam kedai serbaneka stesen minyak itu dikopak dan wang tunai kira-kira RM190,000 lesap.

“Dua lagi mesin ATM ditarik keluar dan mempunyai kesan dipotong, namun mereka tidak berjaya melarikan wang tunai di dalamnya,” katanya.

Zahedi berkata, polis percaya kejadian pecah masuk itu dilakukan lebih daripada seorang suspek dan siasatan masih dijalankan.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger