POLIS EDAR FOTOFIT TIGA SUSPEK KES SAMUN DI SHAH ALAM!!!

Saturday 5 January 20130 comments


SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini mengedarkan fotofit tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun dan melarikan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu bekas pegawai kanan polis di Glenmarie dekat sini 24 Dis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki yang dicari itu ialah A. Lechu Manan, 31, K.Govalan, 27, dan M.Krishnan, 33, yang masing-masing beralamat di Taman Sri Melati, Batu Caves, Selayang, Batu Caves dan Taman Bayu Perdana, Klang.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi, seorang lelaki berumur 58 tahun yang kini bekerja sebagai pegawai audit disamun dua hingga tiga lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berjalan menuju ke arah kereta dimiliki syarikatnya selepas menikmati sarapan pagi di sebuah restoran berdekatan tempat kejadian.

"Suspek yang tiba-tiba dilihat keluar dari sebuah kereta Toyota Vios terus memukul mangsa dengan tangan dan kaki menyebabkan mangsa cedera di lutut dan siku sebelum melarikan kereta mangsa jenis Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata setelah melakukan samun, sebahagian suspek melepaskan diri menggunakan kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang daripada suspek, manakala yang lain melarikan kereta mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi Insp Jasmie Misran di talian 013-628 8261 atau balai polis berhampiran.- Bernama
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger