PENDUDUK SHAH ALAM BANTAH PEMBINAAN KONDOMINIUM MEWAH!!!

Thursday 10 January 20130 comments


SHAH ALAM - Persatuan Penduduk Alam Villa Zuhrah Abadi (AZRA) dan Kariah Surau Al-Islah Seksyen 7 membantah cadangan membina sebuah kondominium di kawasan itu.

Lokasi pembinaan itu dikatakan tidak sesuai kerana keluasannya sempit dan terletak terlalu hampir dengan kawasan perumahan. Pembinaan kondominium juga dikhuatiri akan merosakkan struktur rumah sedia ada.

Menurut sumber, penduduk di situ nekad menghalang dan akan membuat demonstrasi terhadap kerajaan negeri dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad jika pembinaan diteruskan.

Ini berikutan, pihak bertanggungjawab tidak pernah berbincang dengan persatuan penduduk apatah lagi memaklumkan cadangan pembinaan itu.


Penduduk hanya menyedari selepas kawasan itu dipagar yang mana sebelum ini merupakan kawasan riadah buat penduduk sekitar.

Hasil tinjauan, 'banner' bantahan telah mula dinaikkan oleh persatuan penduduk di sekitar kawasan Seksyen 7.

Selepas lambakan rumah urut dan hotel bajet, kini kondominium mewah semakin rancak dibina di Shah Alam sejak Selangor diperintah pakatan haram.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger