PANAS! PAS LARUT BERGOLAK ANGKARA BANGLO RM5 JUTA MILIK FAUZI!!?

Wednesday 30 January 20130 comments


Isu banglo mewah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dijadikan modal  untuk menyingkirkan Dato' Fauzi Shaari daripada bertanding di Parlimen Larut dalam pilihan raya akan datang.

Yang menariknya, gerakan dan usaha itu dilakukan sendiri oleh kumpulan tertentu di dalam kepimpinan Pas Larut.


Menurut sumber, kumpulan itu merupakan penyokong kuat kepada Ketua Pemuda Pas Larut, Mohd Akmal Kamaruddin (gambar) yang juga adalah menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Pas kawasan Larut pernah bergolak ekoran tindakan Pas Pusat yang secara tiba-tiba mencalonkan Fauzi sebagai calon Pas di Parlimen Larut.

Tindakan itu mendapat tentangan beberapa pemimpin Pas Larut kerana Pas Pusat tidak pernah berbincang dengan dengan mereka dalam pemilihan calon.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger