[LIGA SUPER] : SELANGOR BERMULA CEMERLANG

Wednesday 9 January 20130 comments


SHAH ALAM - Selangor memulakan kempen Liga Super 2013 dengan penuh bergaya apabila mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan Merah Kuning yang membariskan beberapa pemain kebangsaan melancarkan percubaan namun berjaya dipatahkan benteng yang pertahanan pelawat.

Negeri Sembilan memiliki peluang keemasan menghasilkan jaringan pada minit 23 menerusi Emmanuel Deporas yang mendapat umpanan cantik daripada Eddy Helmi Manan, tetapi kegopohan beliau menyelamatkan seketika gawang gol Selangor.

Tiada sebarang jaringan terhasil daripada kedua-dua pasukan sehingga permainan separuh masa pertama ditamatkan.

Bersambung babak kedua, tempo permainan agak pantas dan kedua pasukan saling mengasak dan berbalas serangan.

Suasana stadium yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton bergema seketika apabila S Kunanlan menjaringkan gol hasil hantaran Amri Yahyah.

Bekas pemain sayap skuad Rusa itu mudah menewaskan Hamsani Ahmad minit ke-68 sekali gus gol tunggal perlawanan.

Bagi Selangor, kemenangan ini pasti menyenangkan Irfan Bakti Abu Sali yang mahu mencatat keputusaan positif saingan pembukaan di laman sendiri musim ini.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger