GILA! SANGGUP MENYAMAR PEGAWAI POLIS UNTUK LEPAS KAWAN!!!

Friday, 4 January 20130 comments


SHAH ALAM - Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai pegawai polis ketika cuba menggunakan pengaruh pangkatnya itu untuk melepaskan dua rakannya yang terbabit dalam kes samun dan rogol daripada lokap.

Pada jam 5.15 petang Isnin lalu, suspek yang berusia 51 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan mendakwa dirinya sebagai pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dari Bukit Aman, sebelum meminta seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor untuk melepaskan kedua-dua rakannya itu yang ditahan pada 23 Disember lalu di Mentari Business Center.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tersalah langkah apabila memberi sogokan RM200 kepada pegawai bertugas itu menyebabkan penyamarannya dikesan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata anggota polis yang curiga dengan tingkah laku lelaki berkenaan menahannya dan siasatan lanjut mendapati suspek menyamar sebagai pegawai polis. - BH
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger