Pages

Wednesday, 9 January 2013

[GILA] : KERAJAAN NEGERI ANJUR PESTA SAMPAH DI SHAH ALAM!!?


SHAH ALAM - Walaupun aduan sudah berbakul-bakul dibuat terhadap pihak berwajib baik di pihak Khalid Samad mahupun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), masalah kutipan sampah terus membelenggu rakyat di Shah Alam.

Nampaknya, 'Khalid Samad n the gang' tidak berminat untuk menyelesaikan masalah yang terpaksa dilalui oleh rakyat di Shah Alam saban hari.

Sampah bukan sahaja dibiarkan membusuk, lebih malang pihak berwajib hanya mengutip sampah ikut suka mereka sahaja. Kadangkala sampah dikutip seminggu sekali.

Hari ini, penulis menerima aduan dari penduduk di Seksyen 7 yang sudah tidak tahan dengan masalah kutipan sampah.

"Rakyat di Shah Alam sudah lali dengan bau busuk yang maha dahsyat.

"Tikus dan anjing liar yang memakan sampah busuk itu sudah jadi sebahagian daripada komuniti kami.

"Habis rumah kami dimasuki tikus dan tahi anjing bersepah di kawasan letak kereta," kata seorang penduduk dengan penuh emosi.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini