Jurucakap sekretariat Hamidzun Khairuddin berkata, mereka mewakili sekumpulan rakyat Selangor menolak pemerintahan rejim pakatan pembangkang kerana selepas hampir lima tahun berkuasa, Selangor terus dibelenggu pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.
Antara NGO yang menyertainya ialah Jaringan Melayu Malaysia, Jaringan Cina Malaysia, Kelab Perpaduan Insan Selangor, IMAM, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor.
Hamidzun yang juga Pengerusi GAPS dalam sidang media di sini berkata, mereka akan melahirkan gelombang menolak pakatan PKR-DAP-PAS menerusi
sekretariat itu.
Sekretariat akan membongkar dan menyedarkan orang ramai mengenai 20 dalil mengapa pakatan haram perlu ditolak rakyat Selangor antaranya kegagalan menunaikan 31 janji manifesto pilihan raya umum 2008, masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.
Beliau berkata, buat permulaan Sekretariat Jom Tolak Pakatan akan mengadakan ceramah di Meru pada hari ini dan berjanji untuk membantu BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini