Pages

Wednesday, 9 January 2013

[EKSKLUSIF] : KEGIATAN RASUAH DALAM PAKATAN HARAM TERBONGKAR!!?


Serangan utama Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional adalah isu rasuah. Isu itu digunakan untuk membuat rakyat benci kepada BN dan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Pakatan mendakwa ia memegang kunci yang akan menghapuskan rasuah dengan syarat ia diberikan mandat menawan Putrajaya.

“Jika hanya menang di peringkat negeri, tidak ada banyak yang kami boleh buat.” Itulah yang diujar oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Masalahnya ialah ketiga-tiga parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka kalis rasuah atau negeri pimpinan mereka bebas daripada gejala itu.

Sogok RM30,000, prinsip keadilan dinafikan

Berita seorang pembantu kanan Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman ditangkap ketika cuba menyuap RM30,000 kepada si suami untuk memujuk isterinya menggugurkan tuduhan penderaan seks (sexual harassment) terhadap seorang pegawai daerah memang mengejutkan. 



Belumpun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiapkan siasatan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan rombakan pertukaran pegawai-pegawai daerah di Pulau Pinang. 

Prinsip keadilan semulajadi untuk pegawai daerah terbabit dinafikan semata-mata kerana DAP mahu menunjukkan ia begitu pro-aktif dalam isu berkenaan.

Pakatan begitu berhati-hati untuk memastikan imejnya tidak tercalar atau ia silap langkah dan pada masa sama ia terus menyerang BN di atas isu rasuah.

Apapun pandangan umum mengenai rasuah dalam kerajaan, yang nyata ialah rasuah adalah realiti dalam mana-mana kerajaan, demokratik atau komunis.

Janji-janji bulan bintang dan cakerawala untuk membanteras gejala itu di Malaysia harus dinilai dengan penuh waspada, khususnya apabila pihak yang membuat janji itu sendiri menghadapi masalah itu dalam pakatan yang diwakilinya.

Terlalu banyak salah laku dalam PR

Isu suapan RM30,000 bukan satu-satunya tuduhan rasuah yang menghimpit kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Tuduhan-tuduhan penyelewengan kuasa, pemberian tanah, balak, kroni dibayar gaji lumayan berlaku di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

 

Anehnya dalam kes-kes membabitkan pembangkang, pemimpin-pemimpin Pakatan bingkas bersedia bekerjasama dengan SPRM.

SPRM yang selama ini dituduh sebagai berat sebelah, pilih kasih dan tidak adil, nampaknya boleh diharapkan untuk menjalankan siasatan berwibawa!

Jika SPRM boleh dipercayai oleh pembangkang untuk menyiasat ahli-ahli mereka, maka dengan sendirinya ia bermakna tuduhan bahawa kerajaan tutup sebelah mata kepada politik wang, nyata tidak berasas.

Namun jika difikirkan sejenak, selain rasuah, tidak ada isu konkrit lain yang mampu dibawa oleh pembangkang.

Ini kerana terlalu banyak perselisihan sesama mereka, khususnya DAP dan PAS yang semakin memburuk dan membawa kecurigaan terhadap perpaduan yang cuba digambarkan mereka.

 

Isu siapa patut jadi Perdana Menteri, penggunaan kalimah Allah, pelaksanaa hukum hudud, tuntutan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi…semuanya menjurus kepada perpecahan dalaman (implosion) Pakatan Rakyat.

Jika perpecahan dalaman itu berlaku dengan Pakatan Rakyat masih pembangkang, maka kesannya tentu minimum.

Namun jika ia berlaku dalam keadaan Pakatan duduk di Putrajaya, natijahnya jauh lebih besar kepada rakyat dan kesejahteraan negara.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini