Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany berkata ianya penting bagi mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban CEC dalam mempamerkan imej yang amanah kepada ahli parti lain ekoran kesilapan itu.
"Ahli bawahan DAP merasakan sepatutnya mengadakan semula pemilihan CEC tersebut kerana ini akan menterjermahkan integriti dan keyakinan terhadap DAP yang merupakan adalah tulang belakang kepada Pakatan Rakyat.
"Sekiranya pemimpin atasan, merasakan Zairil Khir Johari yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Umno itu boleh dijadikan alat untuk memusnahkan Umno, kita boleh menggesa ahli dan delegasi untuk memilih beliau terus.
"...dan memastikan beliau berada di dalam CEC sekaligus boleh menghentikan tuduhan bersabit keputusan undian yang telah dimanipulasikan oleh sesiapa," katanya dalam satu sidang media tadi.
Pengumuman pembetulan keputusan CEC DAP baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan ekoran ia diubah selepas tiga minggu berlakunya pemilihan CEC di Pulau Pinang dan tidak dibuat dengan segera.
“Perkara pertama ialah mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak serta merta membuat semakan semula keputusan dan mengapa perlu tunggu hingga tiga minggu baru hendak mengumumkan pembetulan keputusan. Mengapa begitu lama mengambil masa untuk mengumumkan kesilapan tersebut?” soalnya.
Malah katanya, kini kekecapakan pengurusan parti itu menguruskan pemilihan undi dipersoalkan biarpun tidak melebihi daripada 3,000 ahli yang mengundi pada CEC itu tempoh hari.
“Persoalan seterusnya bagaimana Pengarah Pemilihan, Pooi Weng diberikan untuk menguruskan pemilihan CEC DAP yang dilihat begitu agresif dan bersaing kali ini dalam sejarah DAP yang sekaligus cermin kepada persiapan menghadapi pilihan raya dalam menuju ke Putrajaya?” katanya.
Katanya lagi tindakan parti membuat pembetulan terhadap keputusan CEC itu turut memberi kesan secara tidak langsung kepada ahli jawatankuasa.
“Sekiranya terdapat sedikit kesilapan di dalam keputusan pemilihan tersebut, tetapi mengapa saudara Vincent Wu dan Zairil Khir Johari Abdullah sahaja yang terkesan dengan kesilapan tesebut? Bagaimana asasnya saudara Zairil boleh terus melompat ke tangga 20 dan secara automatik menempatkan beliau di dalam CEC? Mengapa terlalu besar perubahan keputusan undian?
“Bagaimana pula dengan saudara Tan Geng Siaw? Beliau adalah ahli lama yang kalah satu undian daripada Zairil yang mana baru saja melibatkan diri dengan DAP pada tahun 2010?,” soalnya lagi.
Selain itu, Yogasigamany menyifatkan tindakan memperbetulkan keputusan tersebut turut menjadikan orang tertentu sebagai 'kambing hitam' atas beberapa perkara asas yang dipersoalkan oleh ahli parti.

"Ahli DAP berbangsa India juga merasakan pelik bagaimana Profesor Ramasamy yang dikenali ahli dan sudah lama di dalam DAP turut kalah di dalam CEC? Ada kemungkinan juga dia turut menjadi mangsa?
"Mengapa tiada ahli peringkat atasan dalam DAP bertanggungjawab dalam isu ini dan tidak menjadikan orang tentu sebagai kambing hitam?," katanya.
Rombakan keputusan pemilihan CEC baru-baru ini dikenalpasti sebagai kesilapan teknikal akibat pengiraan undi.
Pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan ahli Melayu tersenarai sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih.
Banyak pihak skeptikal terhadap pindaan keputusan itu kerana ia berlaku selepas kira-kira tiga minggu selepas pemilihan CEC yang diumumkan pada 15 Disember lalu memperlihatkan tiada wakil Melayu yang menang.
Malah terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional melihat tindakan DAP meminda keputusan pemilihan CEC menunjukkan mereka tertekan dalam usaha membuktikan parti itu mengambilkira pendekatan pelbagai kaum.
Bukan itu sahaja, banyak pihak tampil dan melihat seolah-olah pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Guan Eng dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir.
Sementara Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini