Strategi persepsi angka begini bukan propaganda baru pembangkang memandangkan persepsi begini berjaya menimbulkan swing factor terutama kepada golongan atas pagar yang masih tercari-cari arah sokongan dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Namun hakikatnya kehadiran dalam malam Sambutan Ambang Tahun Baru anjuran UMNO Selangor itu mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini;
Ternyata fitnah yang ditimbulkan media-media Pakatan Rakyat ini bertujuan untuk membuat sebilangan rakyat goyah dan khuatir terhadap kemungkinan bahawa pembangkang telah berjaya menarik lebih banyak sokongan berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
Namun hakikatnya kehadiran dalam malam Sambutan Ambang Tahun Baru anjuran UMNO Selangor itu mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini;
Turut ditimbulkan juga desas-desus bahawa kini lebih ramai artis "berhijrah" dan menyertai pembangkang setelah mendapat "hidayah" untuk mendekati Islam.
Perlu difahami semua ini sekadar permainan persepsi. Angka, jumlah kehadiran, bilangan dan seumpamanya sengaja digunakan untuk menimbulkan persepsi bahawa sokongan rakyat kepada pembangkang semakin bertambah.
Namun dengan menabur fitnah dengan menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan jumlah kehadiran dalam program anjuran pembangkang adalah besar, sementara program anjuran UMNO dan Barisan Nasional tidak mendapat sambutan, pasti bukan pendekatan yang sihat.
Sebaliknya bersifat retorik dan berbaur penipuan. Sampai bila media pembangkang perlu menipu rakyat semata-mata untuk meraih sokongan?
Sudah masanya pembangkang berperang secara sihat dan tidak membohongi rakyat dengan menggunakan gambar bersifat manipulatif (diputarbelitkan). Rakyat sudah semakin bijak menilai dan sumber maklumat boleh diakses dari banyak sumbar.
Seandainya Pakatan Rakyat terus mempergunakan persepsi sebegini untuk memenangi hati rakyat, Wak rasa rakyat sendiri akhirnya akan menolak Pakatan kerana merasakan diri mereka tertipu. Sudah-sudahlah menipu rakyat. Rakyat sudah jelak!