[EKSKLUSIF] : SKANDAL TERLAMPAU! KERAJAAN SELANGOR BAKAL LANTIK BEKAS PENJENAYAH JADI CEO KSSB!!?

Wednesday 16 January 20130 comments


SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) baru-baru ini ribut dek pemecatan mantan CEO, Encik Wan Abdul Halim kononnya didakwa menerima wang kotor (rasuah) dari syarikat kontraktor. 

Namun hasil siasatan tidak punya bukti untuk mengaitkan beliau tetapi pihak lembaga pengarah tetap memberhentikan dengan mengguna pakai akta syarikat yang membolehkan syarikat menamatkan perkhidmatan jika sudah tidak diperlukan.

Oleh itu, tindakan lembaga pangarah yang diketui oleh kroni YB Suhaimi Shafie menguatkan lagi spekulasi bahawa memang wujud rancangan jahat untuk menghapuskan kroni-kroni milik Menteri Besar di dalam syarikat-syarikat anak kerajaan Selangor.

Rancangan jahat ini dikatakan punya kaitan dengan perselisihan antara dua 'warlord' pakatan haram di Selangor iaitu Menteri Besar, Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, jambu Anwar Ibrahim.

Kini, Azmin Ali melalui kroninya YB Suhaimi Shafie telah menyusun orang-orangnya di posisi strategik di dalam anak syarikat kerajaan negeri.

Lebih menarik, Azmin Ali bakal melantik Yusaini Sabian (gambar di atas) sebagai CEO baru di KSSB. Yusaini sebelum ini adalah salah seorang pengurus di KSSB itu sendiri.

Yang memeranjatkan, Yusaini dikatakan pernah terlibat dengan kes penggubalan wang haram yang kecoh suatu ketika dahulu. Dan kes itu adalah yang pertama dibicarakan di bawah akta gubal wang haram di Malaysia.



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kespertamaaktagubalwangharam/Article


http://www.hmetro.com.my/articles/DrHamimahdidendaRM6_3j/Article

Kenapa Yusaini? Beliau dikatakan licik dan punya kehebatan melarikan wang syarikat? Kehebatannya terbukti apabila beliau terlepas dari hukuman walaupun telah bersekongkol dengan bekas majikan melakukan penggubalan wang haram. (rujuk petikan di atas)

Sedangkan beliau pada awalnya telah dituduh bersama-sama majikannya. Namun di akhir perbicaraan hanya menjadi saksi kes sahaja?

Untuk pengetahuan, KSSB merupakan salah satu anak syarikat kerajaan Selangor yang dipantau ketat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana skandal rasuah sebelum ini.

Jadi, Yusaini dikatakan punya cara untuk selewengkan wang syarikat dan hasil keuntungan pasir tanpa pengetahuan SPRM?

Lebih menarik, hasil wang seleweng punya kaitan dengan dana pilihan raya di Selangor akan datang?

Mohon pihak berkuasa buat siasatan dengan segera sebelum lanun-lanun ini melarikan wang rakyat Selangor!
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger