[TERKINI] : KHALID SAMAD RASMI PUSAT JUDI TERBESAR DI SHAH ALAM???

Saturday 29 December 20120 comments


SHAH ALAM - Selepas pembukaan sebuah disko, Voyage baru-baru ini di Shah Alam (sila baca di sini), ternyata satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "menunaikan" janji mereka dengan membenarkan beberapa pusat perjudian berkomputer beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama kafe siber dan restoran itu, didakwa menawarkan perjudian secara dalam talian ('on-line') bagi kaki judi di sekitar kawasan Shah Alam dan Klang dengan nilai taruhan serendah RM1.00.

Selain kaki judi, pelajar sekolah turut didakwa mengunjungi pusat perjudian itu kerana nilai taruhan yang rendah, selain dibenarkan pengusaha premis perjudian terbabit.

Menurut sumber, pusat-pusat perjudian itu didakwa beroperasi tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak kerana didalangi ahli politik tertentu dalam barisan exco kerajaan Selangor sekarang.

Intipan ke sebuah lokasi pusat perjudian di kawasan Taman Teknologi Tinggi Subang (Subang High-Tech Industrial Park), Shah Alam menunjukkan majoriti pengunjung adalah terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.

Pusat perjudian tersebut yang berselindung di sebalik nama restoran menjadi tumpuan kaki judi kerana didakwa selamat daripada sebarang serbuan.


Selanjutnya [klik sini] 
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger