Enggan menerima analisis tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuduh analisis JP Morgan sebagai berat sebelah termasuk pihak media yang membuat laporan kononnya prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik jika BN memerintah adalah satu cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat.
"Syarikat JP Morgan harus berwaspada supaya analisis mereka tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Terdahulu, seorang perunding dari JP Morgan dalam analisisnya menjangkakan pasaran ekuiti dan ekonomi Malaysia dijangka terus positif sekiranya BN kekal mentadbir negara ini.
mimr