SHAH ALAM JADI TUMPUAN ANJING LIAR!!!

Sunday, 30 December 20120 comments



SHAH ALAM - Penduduk di Seksyen 18 di sini meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil pendekatan lebih proaktif mengatasi peningkatan anjing liar di taman perumahan itu.

Penduduk dikenali sebagai Rashid berkata, anjing liar berkenaan mengganggu rutin harian penduduk khususnya pada setiap pagi.

Menurutnya, keadaan itu lama berlaku, namun kebelakangan ini jumlah mamalia berkenaan semakin bertambah.

“Keadaan ini juga turut menakutkan penduduk Islam di taman berkenaan memandangkan haiwan itu bebas berkeliaran seterusnya mengganggu lalu lintas.

Apa yang lebih menyedihkan anjing berkenaan turut dilihat membuang najis di hadapan rumah penduduk, keadaan ini menyukarkan penduduk memandangkan mereka perlu mencuci najis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab akan segera mengambil tindakan walaupun sehingga kini belum berlaku kes kemalangan disebabkan haiwan berkenaan.

Kehadiran anjing liar dikatakan berpunca daripada sampah yang lambat dikutip oleh pihak kontraktor terbabit.



mimr

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger