Pages

Friday, 7 December 2012

#SaveSlgr : MANA RUMAH SELANGORKU? HARGA RUMAH MELAMBUNG, STRATEGI HALAU MELAYU KELUAR SELANGOR!!?


Semalam apabila berjalan-jalan di sebuah pasar raya mega, Wak terlihat beberapa pemaju sedang mengadakan pameran untuk projek perumahan terbaru mereka di sekitar Selangor. Wak tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat unit-unit kediaman yang dibuka untuk jualan, namun Wak sedikit terkejut dengan harga yang ditawarkan.


Mahligai Khalid Ibrahim di Damansara yang bernilai jutaan ringgit. Khalid, mana pula rumah untuk rakyat?

Pada harga mencecah setengah juta ringgit untuk sebuah rumah teres dua tingkat, dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, Wak rasa harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Wak cuba mendapatkan ulasan tentang harga unit rumah yang terlalu tinggi, namun alasan yang diberikan mudah; premium hartanah di Selangor tinggi disamping kos barang binaan yang meningkat naik terutamanya pasir.

Wak melihat realiti di Selangor sekarang memang sukar mahu mencari rumah pada harga sekitar RM45,000 hingga RM70,000, lebih-lebih lagi jika kediaman tersebut dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat perumahan swasta.

Namun Wak rasa perlu untuk kerajaan negeri mencari mekanisme agar pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah dapat direalisasikan, memandangkan semua bukan rakyat Selangor tergolong dalam kelompok berkemampuan.


Mana rumah Selangorku?

Bayangkan sekiranya harga sebuah rumah teres di Selangor ketika ini adalah sekitar RM425,000, maka seorang pembeli perlu membayar sekitar RM1600 sebulan selama 300 bulan atau 25 tahun semata-mata untuk menyelesaikan hutang perumahannya.

RM1600 selama 25 tahun - jumlah yang besar dalam tempoh masa yang cukup lama untuk membayar hutang sebuah kediaman.

Dan seharusnya masalah seperti ini dapat diselesaikan kerajaan negeri, namun sehingga ke hari ini kerajaan Selangor terus mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat. Sampai bilakah rakyat harus terus tinggal di kediaman yang disewa?

Isu perumahan bukan isu kecil memandangkan kediaman adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Seandainya kerajaan negeri tidak menyelesaikan kemelut ini, maka selama-lamanya rakyat tidak berkemampuan akan terus tinggal menyewa tanpa mempunyai keupayaan untuk membeli rumah sendiri.

Sewajarnya sebagai warga Selangor, kita mendesak kerajaan negeri untuk memenuhi segala keperluan rakyat terutama melibatkan soal perumahan. Sampai bilakah kita mahu hidup menyewa dan menumpang di kediaman milik orang lain? Tidak mahukah kita untuk memiliki kediaman kita sendiri?

Golongan muda terutamanya harus mengambil sikap proaktif untuk mendesak kerajaan Selangor membina lebih banyak rumah mampu milik. Sebagai rakyat, kita perlukan rumah yang selesa pada harga yang berpatutan. Namun disebabkan sikap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang terus mengambil enteng isu seperti ini, maka banyak pemaju mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Sudah masanya kita bangkit dan bertanya kepada kerajaan negeri; MANA RUMAH SELANGORKU?




mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini