Pages

Friday, 7 December 2012

#SaveSlgr : KEJAM! KERAJAAN SELANGOR SIKSA IBU TUNGGAL!!?


SHAH ALAM - Ibu tunggal menjadi mangsa terbaru penipuan kerajaan Selangor. Khalid Ibrahim memberitahu, tidak semua ibu tunggal layak untuk mendapat kemudahan elaun.

Pakatan Haram di Selangor sebelum ini berjanji untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti terkandung di dalam manifesto Pakatan Haram pada pilihan raya umum ke12.

Sebaliknya, kerajaan Selangor hanya menghulur bantuan kepada ibu tunggal yang dikenal pasti sebagai penyokong tegar Pakatan Haram sahaja.

Tindakan kejam dan pilih bulu oleh kerajaan Selangor itu mendapat respon Pengerusi Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman yang berang dengan sikap berdolak dalik Khalid Ibrahim.

"Apa yang melayakkan seseorang itu dapat bantuan ? Dan apa yang tidak melayakkan seseorang itu ? Dia kata mahu bagi kepada ibu tunggal yang layak...sepatutnya tidak kira macam tu, ibu tunggal tetap ibu tunggal.

"Pengundi seolah-olah diperdaya. Bila dapat undi, mereka lupa apa yang terkandung dalam manifesto itu.

Murtini berkata, beliau pernah mengajukan janji manifesto itu kepada Rodziah Ismail, namun Exco itu menegaskan kerajaan negeri tidak akan memberikan wang tunai seperti yang dijanjikan kepada ibu tunggal sebaliknya menyalurkannya melalui program-program untuk golongan itu.

"Kami tak memerlukan program. Sebab kami sudah terlalu banyak program. Sampai kami tidak terlayan program yang ada."

"Pengundi ini ghairah bila dijanjikan sebulan RM100. Bayangkan 4 tahun 5 bulan dah berlalu...ibu tunggal sepatutnya dapat RM5400. Siapa yang tidak seronok ?

Murtini memberitahu, pihaknya mengatur banyak aktiviti bagi menyedarkan ibu tunggal seluruh Selangor agar bangkit menolak kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang tidak menunai janji dan mengabaikan kebajikan golongan itu.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman mendakwa sumber kewangan Selangor yang tidak kukuh adalah faktor mengapa kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan.

Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion keseluruhan sehingga terpaksa menukar polisi 'memberi' kepada 'menawarkan'.

Pada November lalu, lebih 2,000 ribu ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta kerana gagal menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal sejak tahun 2008.



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini