Pages

Saturday, 8 December 2012

MESYUARAT SULIT KERAJAAN SELANGOR BOCOR!!!

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor hari ini menafikan laporan The Star pada 4 Disember lalu bahawa terdapat satu mesyuarat tertutup bagi mencari pengganti Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam satu kenyataan ringkas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan Selangor tidak pernah membincangkan secara tertutup bersama-sama pegawai tertinggi bagi mencari pengganti bekas Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman

."Kerajaan negeri masih lagi belum melantik pengganti Y.Bhg Dato' Roslan Sakiman sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya," kata Khalid.

The Star sebelum ini memberitahu bahawa seorang pegawai kanan kerajaan negeri menyampaikan maklumat bahawa Selangor sedang menyenaraikan calon-calon pengganti Roslan.

"Kerajaan mahukan JPA untuk menyemak calon-calon yang dicadangkan dan kemudian memilih dari senarai tersebut.

"Semua ahli exco dan pejabat menteri besar mahu JPA menghormati cadangan negeri bagi pemilihan jawatan Datuk Bandar."

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini