Dalam isu rumah mampu milik ternyata pihak pemaju menjadikan pasir dan kos bahan binaan sebagai alasan untuk menjual harga sesebuah unit kediaman pada harga yang cukup tinggi, selain premium dan cukai tanah dijadikan juga faktor sandaran.
Dokumen berkaitan rumah mampu milik yang berada dalam simpanan Wak. Ternyata kerajaan negeri meminggirkan nasib golongan kurang berkemampuan di Selangor.
Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri seharusnya menjadi pembela kepada kelompok masyarakat kurang berkemampuan untuk mendapatkan kediaman pada harga mampu milik.
Namun hari ini di Selangor, lain pula ceritanya. Kerajaan negeri dilihat terus meminggirkan nasib golongan kurang berkemampuan dengan sengaja membiarkan anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membina kediaman bertaraf mewah semata-mata.
Dalam konteks ini, Wak tidak halang kalau-kalau kerajaan negeri sememangnya berhasrat mahu menyediakan kawasan perumahan untuk golongan kaya dan aristokrat, tetapi jangan lupa pada masa yang sama, untuk turut menyediakan kawasan perumahan untuk golongan kurang berkemampuan di negeri Selangor.
Kajian yang dilakukan menunjukkan 78 peratus penduduk Selangor pada paras gaji RM1500 dan ke bawah masih tidak memiliki kediaman sendiri. Dan jumlah keseluruhan golongan ini mewakili 60 peratus penduduk di Selangor. Dalam erti kata lain, hampir separuh daripada penduduk Selangor sebenarnya tidak akan memiliki rumah sendiri sampai bila-bila seandainya harga rumah terus dikekalkan pada kadar sekarang.
Dan disebabkan itu, kerajaan negeri harus menyegerakan pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Namun setelah empat tahun memerintah, tiada sebarang tanda kerajaan negeri merancang untuk membina kediaman mampu milik lebih banyak untuk penduduk Selangor.
Seandainya keadaan ini berterusan, maka terpaksalah rakyat Selangor terus menyewa kediaman kerana kemampuan yang terbatas. Bagaimana mahu membayar ansuran pinjaman perumahan andai jumlah bayaran bulanan pinjaman lebih besar daripada gaji?
Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk menuntut hak perumahan daripada kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. Sampai bila rakyat harus menunggu dan menunggu. Kini, rakyat perlu berani ke hadapan dan bertanya; MANA RUMAH SELANGORKU?

Mungkinkah begini nasib rakyat Selangor satu hari nanti - MEREMPAT?

Sumber: inigoblogpolitik
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini