PESERTA BERSIH BUAT KECOH DI KARNIVAL SAYANGI SELANGOR???

Monday, 31 December 20120 comments



SHAH ALAM - Karnival Sayangi Selangor mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 200,000 pengunjung direkodkan hadir setakat tengahari tadi di I-City, Shah Alam.

Kira-kira 6,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh lebih 20 syarikat sempena karnival yang bakal melabuhkan tirainya hari ini.

Ternyata, karnival ini bakal memberi kenangan manis buat pengunjung yang rata-rata puas hati dengan aktiviti yang diatur oleh pihak penganjur.

'Jobs Fair' bukan sahaja memudahkan urusan anak muda mencari kerja, namun penulis sempat menemui beberapa penyokong pakatan haram yang memakai baju 'bersih' yang hadir untuk mencari kerja.

Itulah keistimewaan karnival yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor yang sentiasa perihatin terhadap kebajikan rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang dan baju politik.

Penulis yang sempat menemubual seorang peserta bersih, berkata, beliau bukan hadir untuk membuat provokasi, tetapi hadir untuk menemani anaknya mencari peluang pekerjaan di Karnival Sayangi Selangor.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger