#PAU2012 : TERKINI!!! HARI INI BAKAL JADI SEJARAH!!!

Saturday 1 December 20120 comments


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2012, memasuki hari terakhir hari ini, ucapan penggulungan para pemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti akan menjadi tumpuan. 

Persidangan telah bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.

Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Presiden parti akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkan. 


mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger