[KANTOI] : PESERTA MOGOK LAPAR LYNAS JAMU SELERA DI HOTEL!!!

Sunday, 30 December 20120 comments




KUALA LUMPUR - Sekumpulan peserta yang menyertai 'Mogok Lapar 100 Jam Anti LYNAS' dikenalpasti telah menjamu selera di sebuah hotel berdekatan lokasi protes di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Menurut laporan MyNewsHub, beberapa peserta yang lain turut didakwa telah bertindak menjamu selera makanan di beberapa buah restoran berhampiran kurang dari 100 jam seperti yang ditetapkan.

Tinjauan turut mendapati, jumlah para peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bukan sahaja semakin berkurangan, malah pihak penganjur dikatakan telah memberi bungkusan makanan pada para peserta kurang dari 63 jam tempoh masa protes dianjurkan.

Mogok Lapar selama 100 jam bermula pada jam 8 malam hari Khamis yang lalu dianjurkan sebagai tanda protes terhadap beberapa isu yang mengancam alam sekitar di Negara ini. Ianya merujuk bantahan terhadap Projek Loji Nadir Bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan.

Peseta Mogok Lapar yang dianjurkan Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) itu hanya dibekalkan air botol mineral sepanjang tempoh protes itu berlangsung.



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger