Oleh kerana kajian thesis saya nanti banyak berkaitan dengan "information analysis", saya suka bermain dengan pelbagai 'tools' untuk mengkaji sesuatu isu. Sudah tentu, fokus saya adalah tertumpu ke arah politik.
Tidak dapat dinafikan, Google sangat popular di Malaysia, bukan sahaja melalui perkhidmatan enjin pencariannya, malah turut menawarkan pelbagai perkhidmatan. Menurut Malaysian Digital Association, Google berada di tempat kedua bagi laman web yang sering di akses oleh rakyat Malaysia (Rujuk laporan). Yang pertama sudah tentu Facebook.
Jadi, kebergantungan pengguna yang menggunakan Google Search tidak boleh dianggap remeh. Jom kita ikuti siapa yang lebih popular di Google, UMNO atau PAS?
Merujuk kepada gambar di atas, terma UMNO lebih banyak berbanding PAS. Terma UMNO lebih spesifik berbanding PAS, sebab PAS juga boleh dimaksudkan sebagai pas sekolah, pas masuk dan lain - lain. Kalau saya guna terma Parti Islam Se-Malaysia (semalaysia) tidak adil, dan hasilnya seperti gambar di bawah. Sangat jarang untuk saya sendiri untuk mencari 'Parti Islam Semalaysia'.
Gambar di bawah pula menunjukkan terma PAS itu terlalu umum, tidak spesifik seperti UMNO. Jadi terma PAS mungkin merujuk kepada perkara lain juga.
Okay, kita sudah lihat terma UMNO lebih popular berbanding PAS. Jadi seterusnya kita lihat pula dari negeri mana terma UMNO & PAS yang menyumbang kepada pencarian.
Perhatikan gambar di atas. Negeri yang paling pekat adalah Putrajaya dan Kelantan. Hurm, apa agaknya rakyat Kelantan ingin cari pasal UMNO. Adakah ini petanda UMNO akan kembali ke Kelantan? Secara keseluruhan, terma pencarian UMNO agak positif.
Gambar dibawah menunjukkan terma carian Asal Bukan UMNO meningkat dengan mendadak. Berkesan juga kempen ABU ini.
Jom kita lihat populariti PAS.
Terma PAS banyak datang dari negeri - negeri pantai timur - mungkinkah PAS akan menguasai pantai timur? dan terma keseluruhan yang lain juga positif.
Gambar di atas menujukkan negeri - negeri yang mencari terma PAS. Agak pelik, negeri Selangor, KL & Putrajaya tidak berada di tangga teratas, sedangkan ketiga - tiga negeri ini mempunyai kadar penembusan internet yang tinggi.
Terma lain yang dicari banyak tertumpu kepada Abby Abadi, Artis dan juga mengenai Hassan Ali. Abby Abadi paling popular. Satu langkah yang bijak oleh PAS untuk menggunakan Abby Abadi?
Apa yang boleh kita analisa melalui data - data ini?
Bagi saya, sukar untuk putuskan. Kerana data ini hanyalah data yang disediakan oleh Google melalui enjin pencariannya. Kita tidak tahu apa motif pengguna untuk mencari sesuatu terma. Ia mungkin seorang penyokong UMNO yang ingin cari berita mengenai Abby Abadi, atau mungkin seorang penyokong PAS yang ingin mencari megenai ABU.
Saya melihat trend pencarian ini boleh membantu sesuatu jentera parti untuk menguasai hasil pencarian. Sebagai contoh, mereka boleh usahakan 'related terms' menjadi lebih positif, hasil pencarian sentiasa tinggi dari pihak lawan.
Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk terjemahkan keputusan ini.
Klik sini untuk lihat data penuh dari Google. Data mungkin berubah dari masa ke semasa.
mimr