TERKINI!!! PENDUDUK NAIK ANGIN, SHAH ALAM DILANDA BANJIR KILAT!!!

Friday, 2 November 20121comments






SHAH ALAM - Beberapa kawasan dan jalan utama sekitar Bandaraya Shah Alam, petang tadi dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat hampir satu jam, sekaligus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.

Kejadian banjir kilat kerap berlaku sejak kebelakangan ini walaupun hujan lebat hanya seketika. Antara kawasan yang terjejas ialah simpang empat Padang Jawa, Seksyen 17, Sekyen 18, Seksyen 19 dan Seksyen 20.

Penulis sebentar tadi turut terperangkap dalam kesesakan di Seksyen 19 sempat bertemu dengan beberapa penduduk yang ternyata berang dengan kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Shah Alam.

Seorang penduduk, Ahmad Daniel, kejadian banjir kilat tidak pernah berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Menurutnya, dia tidak menolak kejadian banjir kilat ini semakin menjadi-jadi sejak Khalid Samad jadi wakil rakyat di Shah Alam.

"Ini adalah realiti, Shah Alam tidak diselenggara seperti dulu. Saya yakin longkang tersumbat punca kejadian banjir kilat ini," katanya dengan penuh emosi.

Katanya setakat ini belum pernah lagi Khalid Samad sebagai ahli parlimen Shah Alam turun padang bertemu dengan rakyat bagi memantau kebajikan penduduk di Shah Alam. Khalid Samad hanya bertemu dengan ahli PAS sahaja.

"Khalid Samad pernah menjanjikan keadaan yang lebih baik jika rakyat pilih Pakatan Rakyat (PR). Namun sebaliknya berlaku, setelah menang, keadaan di Shah Alam semakin teruk dan membimbangkan," katanya.

Realitinya, Shah Alam semakin hilang cahayanya sejak Khalid Samad menang pilihanraya yang lepas. Shah Alam sudah tidak indah seperti indahnya janji Khalid Samad sewaktu mengula-gulakan rakyat dalam kempen pilihanraya sebelum ini.


Lambakan rumah urut dan hotel bajet telah merobek kesucian Bandaraya Shah Alam yang terkenal dengan Masjid Biru-nya.

Keadaan landskap yang tidak diselenggara dengan berkesan, longkang yang tersumbat menrencatkan keindahan persekitaran yang semakin menyuramkan.

Penulis memahami kebimbangan penduduk di Shah Alam. Nasihat penulis, kita 'bungkuskan' Khalid Samad pada pilihanraya (PRU-13) akan datang. Noktah!!!

mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

3 November 2012 at 08:05

Air free terbaik dari langit untuk rakyat Selangor dan Shah Alam. Itulah bala Allah atas kejahatan regim Khalid Gaygap menganiaya penghuni PKNS kerana menjilat TALAM/Trinity.

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger