PDRM WAJIB CONTOHI TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR DALAM TANGANI GEJALA MAT REMPIT DI SHAH ALAM!!!

Wednesday 7 November 20120 comments


Strategi Kerajaan Negeri Selangor menangani gejala 'mat rempit' di Shah Alam wajib dipuji. Sejak Pakatan Haram memerintah di Selangor, statistik gejala 'mat rempit' di Shah Alam turun mendadak.

Yang menghairankan, kejayaan mereka ini tidak pula dihebohkan sebagaimana mereka memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Usaha terpuji mereka menangani gejala 'mat rempit' adalah lebih hebat nilainya nak dibandingkan kejayaan menunaikan janji-janji menifesto mereka.

Ini kerana, gejala 'mat rempit' adalah ancaman kepada negara kerana dibelenggu dengan pelbagai masalah sosial.

Hakikatnya, pihak Polis tidak lagi membuang masa membuat sekatan jalan raya pada malam minggu yang merupakan pesta 'mat rempit' sebelum ini.

Menurut seorang penduduk Shah Alam, Anisa Yusoff, sikap kerajaan Negeri Selangor tidak menurap jalan sehingga jalanraya di Shah Alam berlubang-lubang amat dikesali. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama pengguna motosikal.


"Satu kejadian kemalangan baru-baru ini melibatkan seorang pelajar berpunca apabila mangsa cuba mengelak sebuah lubang di Sekysen 16.

Jadi tidak hairanlah kenapa kejayaan kerajaan negeri Selangor menangani gejala 'mat rempit' tidak dihebohkan di dalam media ataupun dalam ceramah-ceramah pembohongan mereka. 





Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger