#PAU2012 : TERKINI!!! AMANAT PRESIDEN JADI TUMPUAN!!!

Thursday 29 November 20120 comments


KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 disempurnakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.

Najib, yang berpakaian baju Melayu biru, diiringi Muhyiddin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri iaitu Mohd Noor Afindie Rositi.

Beliau diiringi Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memeriksa perbarisan 150 anggota ketiga-tiga sayap Umno.

Najib kemudian menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh anggota parti
 
Beliau seterusnya menuju ke Dewan Merdeka untuk perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 dan memberi ucapan dasar Presiden.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger