#PAU2012 : SHEB LANCAR 'RICE FOR LIFE'!!!

Wednesday 28 November 20120 comments


KUALA LUMPUR - Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, Saketariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah melancarkan sebuah lagi program kebajikannya bagi membantu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan gelandangan melalui kempen 'Rice for Life' hari ini.

Program tersebut disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.

SHEB menyasarkan untuk memberi sebanyak 2000 kg beras percuma setiap bulan kepada golongan sasaran melalui siri jelajahnya terutama di kawasan bandar.

"Hari ini kami melancarkan program dengan harapan syarikat-syarikat GLC, sektor koporat, swasta dan juga kerajaan akan dapat menyumbang kepada program 'Rice for Life' ini," kata Khairy ketika berucap merasmikan program tersebut.

Menurut Khairy, SHEB telah banyak menganjurkan program kebajikan sebelum ini bagi membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

"Sekali lagi Pemuda UMNO tegas dengan membawa politik khidmat bakti bagi membantu golongan yang sebelum ini telah lepas pandang," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato' Razali Ibrahim dan barisan exco Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy selepas itu makan tengahari bersama golongan fakir miskin dan gelandangan di Dewan Tun Razak 2.

Terdahulu, Khairy telah menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger