#PAU2012 : ANAK MUDA INI BUAT PERWAKILAN SEBAK!!!

Friday, 30 November 20120 comments




KUALA LUMPUR - Lagu "Warisan" yang dinyanyikan wakil kelab UMNO Tokyo, Ariff Yasir Zulkafli menyentuh perasaan perwakilan ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, pagi tadi.

Ia menyentuh perasaan perwakilan sehinggakan ada yang menitiskan air mata apabila  terkenangkan perjuangan UMNO membela nasib orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan.

Ariff Yasir yang juga wakil tunggal Kelab UMNO Luar Negara ketika memulakan perbahasan melontarkan ucapan tahniah kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang prihatin terhadap nasib umat Islam di Palestin.

"Ini membuktikan Malaysia sudah mencapai ciri negara maju iaitu sebuah negara yang banyak memberi bantuan dan sentiasa menghargai nyawa rakyatnya.

"Kerajaan juga turut mengecam keras serangan rejim Zionis ke atas Gaza malah sejak sekian lama kita tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara," katanya sambil membacakan peringatan yang terdapat pada halaman kedua pasport Malaysia: "Pasport ini sah digunakan kecuali Israel".

Dalam ucapan, Ariff Yasir mancadangkan Majlis Tertinggi UMNO memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mengikuti perhimpunan berkenaan pada masa akan datang.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger