"Kita menyokong penyiasatan dan saya juga akan meminta Jais dapat bersama-sama. Ada baiknya sebagai orang Islam sama-sama bermusyawarah untuk memahami tujuan dan kehendak satu sama lain, supaya tiada perasaan yang tidak sama,” katanya
Kenyataan Menteri Besar itu menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Jais diarah oleh Umno untuk menyoal siasat anaknya.
Abdul Khalid yang juga Exco Agama Selangor menegaskan Jais hanya melaksanakan tanggungjawabnya dan perlu diberi sokongan.
"Jais dibawah jagaan saya, perlu jadi proaktif, bukan negatif untuk menjadikan jati diri orang Islam itu kuat, boleh bersaing dengan lain dan menunjukkan kekuatan ummah untuk mengekalkan Islam," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini.
Izzah pada Sabtu lalu, ketika menjadi panel sebuah forum anjuran pergerakan Kristian dipetik berkata hak kebebasan beragama harus turut diberikan kepada orang Melayu dan bukan orang Islam sahaja.
“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin Sabtu lalu.
Susulan itu Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Izzah berkemungkinan akan dipanggil untuk menjelaskan kenyataan itu.
mimr