KERAJAAN SELANGOR SUDAH MELAMPAU!!! SELEPAS ASET PKNS, KINI MAHU JUAL SAHAM 'WORLDWIDE' PULA!!?

Sunday, 25 November 20120 comments




SHAH ALAM – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) menuntut penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan dakwaan ‘penjualan’ Worldwide Holdings Berhad.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, ini berikutan pendedahan yang dibuat Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus ketika Sidang Dun, Rabu lalu berkenan pemindahan pegangan saham Worldwide.

“Dalam perbahasan Abdul Shukur mendedahkan, Worldwide akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambil alih atau dipindah milik atau disusun semula pemegang sahamnya.

“Apakah justifikasi Menteri Besar dalam pemindah milikan saham Worldwide ini? Kenapa mesti Worldwide?

“Pelbagai soalan bermain dalam fikiran rakyat Selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang, seperti skandal hutang Talam Corporation Berhad (Talam)," katanya dalam satu kenyataan.

Hamidzun berkata, belum reda mengenai pemindahan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kini timbul pula isu Worldwide yang dianggap ‘anak emas’ Selangor.

“Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), Worlwide mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak RM238 juta (2008), RM149 juta (2009), RM169 juta (2010).

“Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada 2008 adalah RM100 juta, 2009 (RM79 juta) dan 2010 (RM93 juta).

“Nyatalah daripada pendapatan dan keuntungan besar ini, Worldwide adalah anak emas Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata, kekayaan negeri Selangor yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun kini menjadi medan lelongan harta sejak empat tahun lalu selepas kerajaan Selangor diperintah Pakatan Haram.


mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger