IZZAH ENGGAN ULAS PERTEMUAN DENGAN JAIS!!!

Friday, 9 November 20120 comments


SHAH ALAM - Nurul Izzah bersama peguamnya Fadlina Sidek hadir di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memberi keterangan berhubung dengan kenyataan kontroversinya yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam baru-baru ini.

Beliau yang tiba pada jam 11.00 berkata, pertemuan dengan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin adalah bertujuan membuat aduan dan memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Saya beri aduan yang menyatakan perkara sebenar kepada JAIS. Alhamdulillah Jais memberi kerjasama yang baik.

"Saya pergi bersama peguam saya...saya fikir setakat itu kenyataan saya (hari ini)," katanya kepada pemberita di lobi JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, dekat sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyatakan kesediaan untuk berkerjasama lagi dengan JAIS sekiranya diperlukan.

"Saya bersedia untuk berkerjasama dengan JAIS," katanya, ringkas.

Ditanya mengenai komen Pengarah JAIS dalam pertemuannya yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Izzah enggan mengulas.

"Saya fikir (anda) boleh terus berhubung dengan JAIS. Peringkat saya, kerjasama yang diberikan...baik," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata selain memberikan penjelasan dia juga telah memberikan keratan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa memfitnahnya berserta transkrip.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger