U.S. LUMPUH DIBADAI TAUFAN SANDY!!! PELAJAR MALAYSIA SELAMAT!!!

Tuesday 30 October 20120 comments



SHAH ALAM - Taufan Sandy mula membadai pantai timur Amerika awal hari ini dengan menghasilkan ombak besar di pesisir pantai dan banjir di kawasan rendah.

Keadaan ribut yang semakin teruk telah memaksa kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan darurat di beberapa kawasan.
                    
Kesemua penuntut Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS), antara kawasan dilanda Taudan Sandy, berada dalam keadaan selamat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, beliau menerima maklumat daripada penuntut Malaysia di New York mengatakan mereka selamat dan keadaan terkawal.

"Pelajar-pelajar kita di New York masih dalam keadaan selamat. Tiada keadaan yang memaksa kami berpindah. Semua masih terkawal. Cuaca tidak lagi teruk," kata beliau memetik SMS daripada Pengerusi Badan Perhubungan Kelab Umno AS, Muhammad Afiq Hassan.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger