Menurut sumber, sebuah kumpulan ahli DAP di Selangor yang bersifat anti 'Dinasti Lim' telah memulakan gerakan mengatur strategi bagi menyingkirkan Lim Guan Eng dalam Kongress akan datang.
Kumpulan ini juga dikatakan punya jaringan dengan beberapa kumpulan yang menguasai kepimpinan negeri-negeri.
Gelagat Guan Eng telah mengundang ketidaksenangan kalangan ahli akar umbi DAP sendiri.
Gelagat Guan Eng telah mengundang ketidaksenangan kalangan ahli akar umbi DAP sendiri.
Sejak diangkat sebagai Ketua Menteri selepas menang pilihanraya yang lalu, Guan Eng telah tunjuk sikapnya yang sebenar.
Akar umbi tidak suka dengan watak baru Guan Eng sejak jadi Ketua Menteri. Beliau dikatakan bertindak seperti parti DAP adalah kepunyaan keluarganya sendiri.
Guan Eng semakin sombong dan tidak lagi senang mendengar pandangan dan buah fikiran ahli akar umbi. Sebaliknya, beliau dilihat cuba mengatur langkah dengan menyusun beberapa orang kuatnya bagi melindungi jawatannya untuk terus kekal memelihara legasi 'Dinasti Lim' dalam DAP.
Oleh itu, kumpulan anti 'Dinasti Lim' sedang berkompromi dengan seorang pemimpin yang punya pengaruh di Selangor. Individu ini juga dikatakan punya pengaruh kuat dalam kumpulan kongsi gelap di Selangor dan Kuala Lumpur.
Di fikiran penulis, hanya dua orang sahaja pemimpin DAP di Selangor yang punya kekuatan untuk tumbangkan Guan Eng. Mereka adalah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Khim dan Exco Kanan Kerajaan Selangor, Ronnie Liu.
Namun, Chang Khim dilihat punya kriteria untuk mengetuai kumpulan anti 'Dinasti Lim'.
Chang Khim juga antara pemimpin DAP yang berani mengkritik Guan Eng sejak akhir-akhir ini.
Bersambung.......
mimr