Antara topik perbualan yang menarik perhatian rakyat minggu ini ialah Kabinet bayangan Pakatan Haram. Khabarnya senarai Kabinet itu terbocor daripada kalangan pemimpin dalaman.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dihadapkan dua kali di mahkamah atas tuduhan meliwat selain terbabit dalam skandal video seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dan isu integriti yang serius, mengetuai Kabinet Pakatan Haram sebagai jawatan Perdana Menteri.
Nampaknya Pakatan Haram sudah tidak punya tokoh lain untuk dijadikan sandaran walaupun Anwar begitu banyak liabiliti. Beliau juga disifatkan sebagai pemimpin yang membuka laluan kepada campur tangan asing di Malaysia.
Kalau di negara lain, rekod pemimpin yang seperti itu tidak diangkat oleh gerakan pembangkang untuk menjadi peneraju negara.
Moral masih menjadi teras. Rakyat berhak mendapat pemimpin yang berakhlak baik dan bersih. Ia merupakan tuntutan nilai bagi masyarakat demokrasi yang berperadaban.
Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat yang lebih liberal termasuk kepada golongan LGBT, tidak berkompromi dalam soal memilih presiden. Mesti bersih dan bermoral.
Anehnya di Malaysia, Pakatan Haram mahu memecah tradisi budaya murni. Dalam semua Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Pakatan Haram sebelum ini, Anwar dinamakan sebagai Perdana Menteri. Pendapat Penulis, dengan membenarkan beliau mengetuai Kabinet, ia memberikan mesej yang songsang kepada rakyat Malaysia.
Kabinet bayangan itu turut mengundang kritikan dan mencetuskan keresahan orang ramai. Paling diperkatakan ialah tiga beranak iaitu Anwar, isterinya Wan Azizah Wan Ismail (Menteri di JPM) dan Nurul Izzah ( Menteri Wilayah Persekutuan) menduduki Kabinet itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri II. Penulis tidak pasti bapanya, Lim Kit Siang disenaraikan tetapi desas-desus menyatakan kemungkinan besar beliau akan dilantik setidak-tidaknya portfolio bertaraf menteri Kabinet.
Kalau itu berlaku, ia bukan Kabinet demokrasi sebaliknya Kabinet dinasti. Sekarang ini pun, PKR dan DAP dikuasai oleh dinasti pemimpin utama.
Beberapa nama yang disenaraikan dalam Kabinet tersebut juga dipersoalkan kredibiliti mereka. Ini termasuk Tony Pua (Menteri Kewangan 1), Elizabeth Wong (Menteri Pelancongan) dan Mohamad Nizar Jamaludin (Menteri Pelajaran).
Itu belum lagi menyentuh tentang PKR dikatakan menguasai Kabinet walaupun Pas diakui lebih berpengaruh di peringkat akar umbi. Adalah tidak munasabah parti yang paling lemah dalam Pakatan Haram mahu lebih berkuasa.
Penulis juga hairan mengapa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan. Apakah ia disebabkan beliau pernah dikaitkan dengan skandal bersama isteri orang atau dianggap liabiliti kerana kenyataannya selalu membawa masalah kepada Pakatan Haram?
Ia dilihat tidak adil. Skandal pemimpin-pemimpin PKR lebih teruk daripada itu tetapi tetap disenaraikan sebagaimana Anwar dan Azmin Ali (Menteri Dalam Negeri). Ketidakyakinan kepada pemimpin nombor dua dalam Pas adalah penghinaan kepada parti itu.
Banyak lagi tanda tanya berhubung Kabinet bayangan itu termasuk kurangnya wakil dari Sabah dan Sarawak. Dijangka tercetus pergeseran besar berhubung banyak isu lagi. Polisi berbeza bagi tiga parti politik dalam Pakatan Haram, yang sehingga kini belum didaftarkan sebagai satu pertubuhan politik sebagaimana Barisan Nasional (BN), merumitkan pembentukan Kabinet yang mantap.
Yang kelihatan lebih untung ialah DAP kerana mendapat portfolio lebih strategik dan akan menjadi parti yang mencorakkan kerajaan.
Dalam pada itu, Nurul Izzah dalam reaksinya agak melenting sambil mendakwa media yang menyiarkan senarai Kabinet itu sudah hancur kredibiliti.
Siapa sebenarnya yang sudah tiada kredibiliti? Bukankah PKR terutama bapa beliau sendiri yang menghadapi masalah kredibiliti yang dahsyat. Nurul Izzah pasti lebih tahu perihal bapanya, yang bukan rahsia lagi. Sebab itu, berpuluh-puluh sahabat dan pemimpin PKR telah meninggalkan Anwar.
Sebahagian besar menentang Anwar hingga kini.
Kalau Penulis jadi Nurul Izzah, Penulis akan berpegang kepada prinsip kebenaran. Berusaha untuk betulkan bapa sendiri terlebih dahulu, sebelum menyalahkan pihak lain. Usahlah jadikan hipokrasi dan pembohongan sebagai pakaian hidup. Sungguh memalukan.
mimr